Saturday, 14 March 2015

PERNIAGAAN ONLINE

PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Pakaian adalah keperluan asas bagi manusia. Tidak hairanlah pelbagai konsep perniagaan pakaian tumbuh bagai cendawan di seluruh muka bumi. Antaranya adalah;

Pakaian Fesyen
Pakaian Sukan
Pakaian Kanak-Kanak
Pakaian Pengantin
Pakaian Terpakai
Pakaian Tradisi


Perniagaan Pakaian ini sememangnya mempunyai skop yang sangat luas. Sebut sahaja jenama pakaian seperti Levi’s, Billabong, Nike, Batik, pasti anda sudah kenal dan jenama-jenama ini sudah bertapak begitu lama dalam industry pakaian.

Saya memilih untuk melakukan perniagaan pakaian sukan seperti jersi bola sepak, kasut sukan dan kelengkapan sukan yang lain. Saya telah menamakan perniagaan ini Samba Sport Studio. 





Saya juga menyediakan perkhidmatan cop nama dan number untuk sesiapa yang berminat. Harga yang diawarkan adalah berpatutan. 









KONSEP, TEORI & MODEL KEUSAHAWANAN BESERTA ARTIKEL

KONSEP KEUSAHAWANAN
Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan. Tiada satu definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan. Berasal daripada bahasa Peranchis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970-an. Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang memperkenalkan konsep keusahawanan.

Kamus Webster's New World, Seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, men gandaikan risiko untuk demi keuntungan.

Hull, Bosley dan Udel (1980), Individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.

Meredith, Nelson dan Neck (1982), Usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.

Sexton dan Bowman-Upton (1991), Satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.

Kao (1995), Satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnya melaksanakannya.

Coutler (2000), Satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.

Hisrich dan Peters (2002), Satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru atau pengambilalihan sesetengah aktiviti inovatif.

Kuratko dan Hodgetts (2004)
Satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi.




TEORI & MODEL KEUSAHAWANAN

AHLI EKONOMI

Joseph A. Shumpeter - satu model keusahawanan dalam tahun 1934. Menekankan inovasi atau ubahsuai merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada satu pembaharuan.
Alfred Marshall - satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Hayat sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya mati.
Israel Kirzner - soal ketidaktentuan atau uncertainty. Usahawan itu adalah berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

AHLI SOSIOLOGI

Max Weber - model keusahawanan pada tahun 1958 dengan memasukkan elemen keagamaan. Weber menyatakan bahawa kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh etika agama.
EverettHagen - Teori bahawa proses melahirkan usahawan akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati di dalam sesebuah masyarakat. Layanan atau tekanan yang diterima. Teori keusahawanan berdasarkan kepada kajian kes sejarah di negara Jepun, Columbia, United Kingdom dan Rusia.
Gibb and Ritchie – 1981- satu model keusahawanan yang dipanggil model pembangunan  sosial. Kandungan sebenar dalam model ini ialah peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan baru.

AHLI PSIKOLOGI

Model Baka – usahawan sebagai seseorang yang mempunyai identiti tersendiri iaitu dapat membezakan di antara usahawan dan bukan usahawan. Pendokong utama model baka ini ialah McClelland, Lynn dan Schrage.
Teori kehendak pada pencapaian - Menurut Mc Clelland (1961), melalui penyelidikan & penerbitan bukunya “ The Achieving Society” (1961) individu yg ada kehendak pencapaian yg tinggi merupakan golongan yg lebih suka mengambil tanggungjawab utk mencapai sesuatu matlamat hingga berjaya dgn usaha sendiri.



ARTIKEL

Wanita mampu lahirkan usahawan berjaya



Kuasa wanita bukan sahaja mampu membentuk peribadi anak-anak mereka malah melahirkan generasi yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan. Ungkapan itu dizahirkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30 tahun. "Wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan mengenal pasti potensi diri anak-anak mereka.

"Pendidikan awal dari rumah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu," katanya yang berkongsi rahsia itu di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran Mingguan Wanita sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun. Beliau berkata, mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak memanfaatkan peluang. "Jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi jadikan situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih baik," katanya.
Tambah beliau, setiap individu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Menurut Editor Pengurusan Majalah Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan Wanita. "Matlamat utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini.

"Konvensyen ini juga adalah sebagai satu usaha Mingguan Wanita bagi berkongsi informasi dan memberi bimbingan melalui perkongsian ilmu keusahawanan," katanya. Konvensyen kali ini membawa lima panelis yang terdiri daripada usahawan hebat dan berjaya malah bergelar jutawan ini sebagai menghargai sokongan pembaca yang sentiasa menjadikan majalah Mingguan Wanita sebagai bahan bacaan utama. Sejak 2000, Mingguan Wanita diketuai oleh Nuri Supian selaku editor.

Antara panel hebat yang dibawa khas ialah Pengarah Urusan Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman; Pengarah Urusan Hajaba dan Leesa Formula, Mona Din; Pengarah Urusan D'Navechee, Datuk Dr Azlina Che Abdullah dan Pengarah Lunatots, Siti Nursuraya Mohamed Ali. Pada segmen perkongsian maklumat Mingguan Wanita menampilkan Timbalan Pengurus Unit Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noornazreen Ab Ghani dan Pengurus Korporat Teknologi Park Malaysia, Aniz Adura Abdul Majid yang berkongsi maklumat mengenai peluang yang boleh dimanfaatkan usahawan.

Melalui paparan artikel Mingguan Wanita telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara tidak langsung telah melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya. Selain itu, bertujuan membangkitkan semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan. Konvensyen ini juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi. Antara topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.

10 Ciri Usahawan Berjaya

 posted in: Artikel Umum | 

1. Fokus dengan bisnes mereka
Walaupun mereka mendapat banyak peluang untuk membuka dan menambah bisnes baru tetapi mereka lebih fokus dengan bisnes mereka. Jika mereka buka pun masih berkaitan dengan bisnes yang sedia ada.
2. Mereka dari keturunan berniaga
9 dari 10 orang dari usahawan yang berjaya dari keluarga yang berniaga. Keluarga mereka dulunya berniaga kecil-kecilan dan akhirnya mereka minat untuk berniaga. Perkara ini mungkin menyokkong fakta mengapa ramai bangsa cina berjaya dalam perniagaan adalah kerana suasana mereka semasa kecil. Jika anda mahu anak anda berjaya dalaam bisnes mulakan sekarang.
3. Hubungan dengan Allah.
Diperhatikan semua yang berjaya mempunyai hubungan dengan Allah yang sangat dekat. Solat duha nya, amalan bersedekahnya, solat berjamaah nya, amanah dengan tanggungjawab dan lain-lain. Mereka menyediakan surau dan berjamaah dengan semua staf mereka bila waktunya. mereka menyumbang kepada anak yatim dan masjid.
4. Berniaga dari kecil-kecilan
Semuanya tidak dibantu dan mereka membina perniagaan mereka dari kecil. Usahawan yang berharapkan bantuan tidak kekal lama.
5. Berniaga dengan apa yang mereka minat.
Mereka sangat minat dengan apa yang mereka buat menyebabkan mereka bekerja dan berniaga lebih dari waktu kerja mereka.
6. Bersedekah
Mereka suka bersedekah, mereka memberi kepada komuniti semula apa yang mereka dapat. Jika target sale mereka menurun pada bulan ini, mereka mengandakan zakat dan sedekah mereka bukan dikurangkan.
7. Hidup mereka untuk orang lain
Mereka sayangkan semua orang, mereka jadikan staf mereka seperti keluarga besar mereka, staf mereka menjadikan mereka ikon bukan sekadar bos. kepuasan mereka bukan semata-mata duit. mereka mengimpikan untuk hidup mereka lebih memberi. ada yang target untuk bina masjid.
8. Tahap berserah mereka kpd hakikat rezki dari Allah sangat tinggi.
Mereka yakin setelah berusaha.Jika mereka mencuba tetapi gagal mereka tidak berputus asa, mereka sentiasa memperbaiki dan belajar dari kesilapan. Kesimpulan nya mereka yang berjaya lebih dekat dengan Allah. Ada satu cerita yang seorang usahawan yang dulunya jarang solat, tetapi bisnesnya semuanya berjaya. diceritakan pada saya walau macam tu dia sentiasa keputusan duit. dia berpeluang ke mekah menunaikan umrah dan berdoa agar dia diberikan keberkatan dan berubah. dia mempunyai 5 cawangan dan salah satu cawangannya mempunyai masalah jualan yang hanya mendapat sale 200 sehari. selepas dia berdoa dan berserah kebetulan dia call stafnya di malaysia. dimaklumkan secara tiba-tiba salenya melonjak ke 2000 sehari, stafnya juga kat tahu mengapa. Rezeki Allah pelbagai cara dan pelbagai bentuk.
9. Mereka berjariah secara sistematik dan bersasaran.
Contohnya “dlm tahun ni aku mahu sumbangkan sebanyak $$$ di masjid ***.. ” dan mereka usaha sungguh2 utk capai matlamat tu..
10. Mereka suka melatih
Mereka suka melihat orang lain maju, mereka suka melatih orang lain atau staf mereka lebih baik dan lebih pakar. sehingga satu hari nanti boleh berniaga sendiri seperti mereka. mereka seorang yang ikhlas dalam diri mereka.

USAHAWAN BERJAYA MALAYSIA


Jimmy Choo

Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya. Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Dan salah satu daripadanya, Jimmy Choo akan bertindak  sebagai pemberi maklumat iaitu pemantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahupun media elektronik mengenai barang keluarannya.

Jadi jelaslah bahawa menjadi seorang usahawan yang berjaya mestilah mempunyai ciri-ciri seperti mahir berkomunikasi kerana ianya mampu untuk mempengaruhi pemikiran pelanggannya tentang keistimewaan produknya di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.


Tony Fernandes

Tony Fernandes yang kini berusia 50 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987. Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara. Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara. Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.


Ali Hassan

Pada usia 11 Tahun lagi, Ali Hassan sudah bejinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Ali Hassan merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik. Hari ini, kita dapat melihat kesungguhannya dibayar dengan sebuah empayar yang bernama Al-ikhsan. Ali Hassan bukan calang-calang ahli perniagaan. Beliau telah memupuk minat berniaga sejak kecil dengan prinsip berteraskan agama islam, hari ini sebanyak 59 buah butik al-ikhsan di seluruh negara telah dibuka dan menjadi bukti sebuat empayar perniagaan yang hebat. Pada awalnya, beliau memulakan perniagaannya dengan hanya menjual produknya kepada rakan-rakan dan penyarah sewaktu beliau menuntutdi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bagi jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Tambah beliau lagi, semasa beliau menuntut di universiti dahulu, beliau akan beli satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarahnya. Ali hassan juga pernah bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidupnya.

Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang." AL-IKHSAN juga telah melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan. Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.
BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor. Antara produk-produk yang terdapat pada butik beliau adalah pelbagai variasi bekas minuman air Umbro, beg berjenama Adidas yang terkini di pasaran dan juga pelbagai jenis barangan berjenama popular antarabangsa seperti Adidas, Nike, Puma dan Umbro dijual pada harga berpatutan di aL-ikhsan. Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan. Pada mulanya, Ali Hassan berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan. Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

Tambah beliau lagi, biarlah pelanggannya komplen dan jangan malu bertanya kepada pelanggan kerana pendapat daripada pelanggan merupakan cadangan yang boleh perniagaannya ambil untuk memperbaiki mutu syarikatnya. "Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan. Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam. Katanya, formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah. Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.


Faiza Bawuni Sayed Ahmad

Menjadi Pembayar zakat Terbesar di Malaysia merupakan impian murni pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Sdn. Bhd.. Pn Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan seorang usahawan yang sangat pentingkan kebajikan masyarakat. Wanita kelahiran mesir ini mula berhijrah di Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikuti suaminya bekerja di Malaysia. Baginya, usia tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk mengukuhkan kedudukan syarikatnya dalam pelbagai bidang di negara ini. Selaku Pengarah Urusan Syarikat Faiza, beliau telah bertungkus-lumus bagi mengeluarkan beberapa lagi produk baru yang akan dijangka memasuki pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini. Walaupun beliau berwatakan lembut namun beliau sangat tegas apabila berkaitan dengan urusan pekerjaan. ini kerana beliau ingin memastikan syarikat yang telah tubuh pada tahun 1992 ini berada di landasan yang betul dan jugan terus maju dan berkembang.

Bidang perniagaan merupakan minat beliau semasa kecil lagi. Pn Faiza pernah bekerja dengan bapanya sebagai jurubank di kedai milik mereka. Pengalaman tersebut telah mendorong beliau untuk bergiat secara aktif dalam bidang perniagaan. Beliau mula mengumpal modal dengan mengambil upah sebagai tukang jahitan dan upah tersebut beliau gunakan sebagai modal barang-barangan runcit. Ibu kepada tujuh orang anak ini juga menggunakan modal beliau bagi menghasilkan rempah kari yang diberi nama Bunga Raya. Dan hasil daripada kenuntungan itu beliau telah membuka sebuat kedai runcit. Disitu beliau dapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh bangsa lain. Oleh itu, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras.

Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjual. Oleh kerana mendapat respon yang baik beliau telah memohan lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras antaranya beras ponni, basmathi, beras wangi dari siam dan banyak lagi. Saya memilih Pn Faiza kerana beliau murupakan seorang usahawan sosial yang sangat terkenal dengan aktiviti sosial beliau kepada masyarakat. bagi Pn Faiza, semua usaha yang beliau lakukan bukanlah untuk mengumpul kekayaan tetapi untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program bersamamu.