KONSEP KEUSAHAWANAN
Banyak perdebatan berlaku apabila
bercakap tentang definisi keusahawanan. Tiada satu definisi yang standard dan universal
tentang keusahawanan. Berasal daripada bahasa Peranchis entreprendre yang
bermaksud memikul tugas atau mencuba. Perkataan usahawan popular di kalangan
masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970-an. Usahawan ialah
individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang
berniaga. Umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang
mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh
keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus
berjaya.
Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran
Irish dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang memperkenalkan
konsep keusahawanan.
Kamus Webster's New World, Seseorang yang mengorganisasi dan
mengurus pengambilalihan, men gandaikan risiko untuk demi keuntungan.
Hull, Bosley dan Udel
(1980), Individu-individu
yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha
berterusan) meluaskannya.
Meredith, Nelson dan Neck
(1982), Usahawan-usahawan
adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan,
menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil
tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.
Sexton dan Bowman-Upton
(1991), Satu proses
mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk
mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan
sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.
Kao (1995), Satu proses mencipta sesuatu yang baru
(kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu
dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui
proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator
idea-idea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnya melaksanakannya.
Coutler (2000), Satu proses di mana individu atau
sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang
mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya
perlu melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada
yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan
mengoperasikan perniagaan secara aktif.
Hisrich dan Peters (2002),
Satu proses penciptaan
sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan
kewangan, psikik, dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang
dan kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang
merevolusikan corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru,
pengorganisasian industri baru atau pengambilalihan sesetengah aktiviti
inovatif.
Kuratko dan Hodgetts
(2004)
Satu
proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu
individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerjasama
kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi.
TEORI & MODEL KEUSAHAWANAN
AHLI EKONOMI
Joseph A. Shumpeter - satu model keusahawanan dalam tahun
1934. Menekankan inovasi atau ubahsuai merangkumi semua kegiatan atau usaha
yang membawa kepada satu pembaharuan.
Alfred Marshall - satu proses evolusi iaitu hayat
sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Hayat
sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya mati.
Israel Kirzner - soal ketidaktentuan atau uncertainty.
Usahawan itu adalah berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu
segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.
AHLI SOSIOLOGI
Max Weber - model keusahawanan pada tahun 1958
dengan memasukkan elemen keagamaan. Weber menyatakan bahawa kejayaan golongan
Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh etika agama.
EverettHagen - Teori bahawa proses melahirkan
usahawan akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati di
dalam sesebuah masyarakat. Layanan atau tekanan yang diterima. Teori
keusahawanan berdasarkan kepada kajian kes sejarah di negara Jepun, Columbia,
United Kingdom dan Rusia.
Gibb and Ritchie – 1981- satu model
keusahawanan yang dipanggil model pembangunan
sosial. Kandungan sebenar dalam model ini ialah peranan sosialisasi
dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan baru.
AHLI PSIKOLOGI
Model Baka – usahawan sebagai seseorang yang mempunyai
identiti tersendiri iaitu dapat membezakan di antara usahawan dan bukan
usahawan. Pendokong utama model baka ini ialah McClelland, Lynn dan Schrage.
Teori kehendak pada
pencapaian - Menurut Mc
Clelland (1961), melalui penyelidikan & penerbitan bukunya “ The Achieving
Society” (1961) individu yg ada kehendak pencapaian yg tinggi merupakan
golongan yg lebih suka mengambil tanggungjawab utk mencapai sesuatu matlamat
hingga berjaya dgn usaha sendiri.
ARTIKEL
Wanita mampu lahirkan usahawan berjaya
Kuasa wanita bukan sahaja mampu
membentuk peribadi anak-anak mereka malah melahirkan generasi yang berpotensi
tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan. Ungkapan itu dizahirkan sendiri
oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub
yang berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30
tahun. "Wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan mengenal
pasti potensi diri anak-anak mereka.
"Pendidikan awal dari rumah juga
menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu," katanya yang
berkongsi rahsia itu di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan
anjuran Mingguan Wanita sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun. Beliau
berkata, mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak
memanfaatkan peluang. "Jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi
jadikan situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih
baik," katanya.
Tambah beliau, setiap individu yang mahu
bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Menurut Editor Pengurusan Majalah
Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan sebagai tanda
penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan Wanita. "Matlamat
utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing
dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini.
"Konvensyen ini juga adalah sebagai
satu usaha Mingguan Wanita bagi berkongsi informasi dan memberi bimbingan
melalui perkongsian ilmu keusahawanan," katanya. Konvensyen kali ini
membawa lima panelis yang terdiri daripada usahawan hebat dan berjaya malah bergelar
jutawan ini sebagai menghargai sokongan pembaca yang sentiasa menjadikan majalah
Mingguan Wanita sebagai bahan bacaan utama. Sejak 2000, Mingguan Wanita
diketuai oleh Nuri Supian selaku editor.
Antara panel hebat yang dibawa khas
ialah Pengarah Urusan Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman; Pengarah
Urusan Hajaba dan Leesa Formula, Mona Din; Pengarah Urusan D'Navechee, Datuk Dr
Azlina Che Abdullah dan Pengarah Lunatots, Siti Nursuraya Mohamed Ali. Pada
segmen perkongsian maklumat Mingguan Wanita menampilkan Timbalan Pengurus Unit
Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noornazreen Ab Ghani
dan Pengurus Korporat Teknologi Park Malaysia, Aniz Adura Abdul Majid yang
berkongsi maklumat mengenai peluang yang boleh dimanfaatkan usahawan.
Melalui paparan artikel Mingguan Wanita
telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara tidak langsung telah
melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya. Selain itu, bertujuan
membangkitkan semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan. Konvensyen
ini juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih
perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi. Antara
topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan
perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran
melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.
10 Ciri Usahawan Berjaya
posted in: Artikel Umum |
1. Fokus dengan bisnes
mereka
Walaupun
mereka mendapat banyak peluang untuk membuka dan menambah bisnes baru tetapi
mereka lebih fokus dengan bisnes mereka. Jika mereka buka pun masih berkaitan
dengan bisnes yang sedia ada.
2. Mereka dari keturunan
berniaga
9
dari 10 orang dari usahawan yang berjaya dari keluarga yang berniaga. Keluarga
mereka dulunya berniaga kecil-kecilan dan akhirnya mereka minat untuk berniaga.
Perkara ini mungkin menyokkong fakta mengapa ramai bangsa cina berjaya dalam
perniagaan adalah kerana suasana mereka semasa kecil. Jika anda mahu anak anda
berjaya dalaam bisnes mulakan sekarang.
3. Hubungan dengan Allah.
Diperhatikan
semua yang berjaya mempunyai hubungan dengan Allah yang sangat dekat. Solat
duha nya, amalan bersedekahnya, solat berjamaah nya, amanah dengan
tanggungjawab dan lain-lain. Mereka menyediakan surau dan berjamaah dengan
semua staf mereka bila waktunya. mereka menyumbang kepada anak yatim dan
masjid.
4. Berniaga dari
kecil-kecilan
Semuanya
tidak dibantu dan mereka membina perniagaan mereka dari kecil. Usahawan yang
berharapkan bantuan tidak kekal lama.
5. Berniaga dengan apa
yang mereka minat.
Mereka
sangat minat dengan apa yang mereka buat menyebabkan mereka bekerja dan
berniaga lebih dari waktu kerja mereka.
6. Bersedekah
Mereka
suka bersedekah, mereka memberi kepada komuniti semula apa yang mereka dapat.
Jika target sale mereka menurun pada bulan ini, mereka mengandakan zakat dan
sedekah mereka bukan dikurangkan.
7. Hidup mereka untuk
orang lain
Mereka
sayangkan semua orang, mereka jadikan staf mereka seperti keluarga besar
mereka, staf mereka menjadikan mereka ikon bukan sekadar bos. kepuasan mereka
bukan semata-mata duit. mereka mengimpikan untuk hidup mereka lebih memberi.
ada yang target untuk bina masjid.
8. Tahap berserah mereka
kpd hakikat rezki dari Allah sangat tinggi.
Mereka
yakin setelah berusaha.Jika mereka mencuba tetapi gagal mereka tidak berputus
asa, mereka sentiasa memperbaiki dan belajar dari kesilapan. Kesimpulan nya
mereka yang berjaya lebih dekat dengan Allah. Ada satu cerita yang seorang
usahawan yang dulunya jarang solat, tetapi bisnesnya semuanya berjaya.
diceritakan pada saya walau macam tu dia sentiasa keputusan duit. dia
berpeluang ke mekah menunaikan umrah dan berdoa agar dia diberikan keberkatan
dan berubah. dia mempunyai 5 cawangan dan salah satu cawangannya mempunyai
masalah jualan yang hanya mendapat sale 200 sehari. selepas dia berdoa dan
berserah kebetulan dia call stafnya di malaysia. dimaklumkan secara tiba-tiba
salenya melonjak ke 2000 sehari, stafnya juga kat tahu mengapa. Rezeki Allah
pelbagai cara dan pelbagai bentuk.
9. Mereka berjariah secara
sistematik dan bersasaran.
Contohnya
“dlm tahun ni aku mahu sumbangkan sebanyak $$$ di masjid ***.. ” dan mereka
usaha sungguh2 utk capai matlamat tu..
10. Mereka suka melatih
Mereka
suka melihat orang lain maju, mereka suka melatih orang lain atau staf mereka
lebih baik dan lebih pakar. sehingga satu hari nanti boleh berniaga sendiri
seperti mereka. mereka seorang yang ikhlas dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment