Jimmy Choo
Nama
Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja
seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan
pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi
rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari
keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya.
Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian
atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai
kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Empat
tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau
lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus
jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus
melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy
Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo
menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk
menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan
di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Datuk
Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat
keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga
yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai
pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang
paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya. Peranan Jimmy Choo
dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu
dibahagikan kepada tiga kategori. Dan salah satu daripadanya, Jimmy Choo akan
bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu
pemantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar,
beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya,
membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan
sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy
Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media
cetak mahupun media elektronik mengenai barang keluarannya.
Jadi
jelaslah bahawa menjadi seorang usahawan yang berjaya mestilah mempunyai
ciri-ciri seperti mahir berkomunikasi kerana ianya mampu untuk mempengaruhi
pemikiran pelanggannya tentang keistimewaan produknya di dalam pasaran tempatan
mahupun antarabangsa.
Tony Fernandes
Tony Fernandes yang kini berusia 50
tahun, dilahirkan pada 30 April 1964
kepada suatu keluarga campuran Portugis
Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau,
Ena Dorothy Fernandez. Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang
peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para
peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di
London School of Economics pada tahun
1987. Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian
sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson,
iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah
urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.
Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan
dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan
ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara. Apa yang amat menarik tentang biografi
Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan
operasi Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang
paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang
usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak
tahun 2001 telah maju dari setapak ke
setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277
buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti,
ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan
penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat
melalui 142 laluan dan 78 destinasi dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah.
Dalam tahun 2011, Air Asia telah
menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara. Kemampuan berkomunikasi timbul daripada
personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa
belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga
menunjukkan sikap minima ego dan
bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang
terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.
Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat
kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan
semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai
pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil
menganggap detik detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan
laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Singapura sehari.
Ali Hassan
Pada usia 11 Tahun lagi, Ali Hassan
sudah bejinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual aiskrim yang dibuat
ibunya. Ali Hassan merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik. Hari ini,
kita dapat melihat kesungguhannya dibayar dengan sebuah empayar yang bernama
Al-ikhsan. Ali Hassan bukan calang-calang ahli perniagaan. Beliau telah memupuk
minat berniaga sejak kecil dengan prinsip berteraskan agama islam, hari ini
sebanyak 59 buah butik al-ikhsan di seluruh negara telah dibuka dan menjadi
bukti sebuat empayar perniagaan yang hebat. Pada awalnya, beliau memulakan perniagaannya dengan hanya
menjual produknya kepada rakan-rakan dan penyarah sewaktu beliau menuntutdi
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bagi jurusan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Tambah beliau lagi, semasa beliau
menuntut di universiti dahulu, beliau akan beli satu dan jual satu. Ketika itu,
jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu
universiti dan juga pensyarahnya. Ali hassan juga pernah bekerja sambilan
sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara
hidupnya.
Ketika ditanya mengenai biasiswa yang
diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya
berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang." AL-IKHSAN juga
telah melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah. Beliau yang
merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk
mengusahakan perniagaan. Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali
Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday
Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik
peluhnya sendiri.
BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat
di Johor Bahru, Johor. Antara produk-produk yang terdapat pada butik beliau
adalah pelbagai variasi bekas minuman air Umbro, beg berjenama Adidas yang
terkini di pasaran dan juga pelbagai jenis barangan berjenama popular
antarabangsa seperti Adidas, Nike, Puma dan Umbro dijual pada harga berpatutan di
aL-ikhsan. Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila
mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat
menggalakkan. Pada mulanya, Ali Hassan berniaga kerana mempunyai minat mendalam
terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada
ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan. Sambil meninjau susunan
peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu
perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran,
kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.
Tambah beliau lagi, biarlah pelanggannya
komplen dan jangan malu bertanya kepada pelanggan kerana pendapat daripada
pelanggan merupakan cadangan yang boleh perniagaannya ambil untuk memperbaiki
mutu syarikatnya. "Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan
yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak
ada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka
mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan. Resipi kejayaan selama ini yang
didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada
tuntutan dalam agama Islam. Katanya, formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga
sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita
sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.
Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya
melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.
Faiza Bawuni Sayed Ahmad
Menjadi
Pembayar zakat Terbesar di Malaysia merupakan impian murni pemilik syarikat
pemborong beras Syarikat Sdn. Bhd.. Pn Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan
seorang usahawan yang sangat pentingkan kebajikan masyarakat. Wanita kelahiran
mesir ini mula berhijrah di Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikuti suaminya
bekerja di Malaysia. Baginya, usia tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk
mengukuhkan kedudukan syarikatnya dalam pelbagai bidang di negara ini. Selaku Pengarah Urusan Syarikat Faiza,
beliau telah bertungkus-lumus bagi mengeluarkan beberapa lagi produk baru yang
akan dijangka memasuki pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini. Walaupun
beliau berwatakan lembut namun beliau sangat tegas apabila berkaitan dengan
urusan pekerjaan. ini kerana beliau ingin memastikan syarikat yang telah tubuh
pada tahun 1992 ini berada di landasan yang betul dan jugan terus maju dan
berkembang.
Bidang
perniagaan merupakan minat beliau semasa kecil lagi. Pn Faiza pernah bekerja
dengan bapanya sebagai jurubank di kedai milik mereka. Pengalaman tersebut
telah mendorong beliau untuk bergiat secara aktif dalam bidang perniagaan. Beliau
mula mengumpal modal dengan mengambil upah sebagai tukang jahitan dan upah
tersebut beliau gunakan sebagai modal barang-barangan runcit. Ibu kepada tujuh
orang anak ini juga menggunakan modal beliau bagi menghasilkan rempah kari yang
diberi nama Bunga Raya. Dan hasil daripada kenuntungan itu beliau telah membuka
sebuat kedai runcit. Disitu beliau dapati bahawa pemborong beras kebanyakannya
dibekalkan oleh bangsa lain. Oleh itu, beliau mula belajar mengenali pelbagai
jenis beras.
Sebelum
menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi
mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau
menjual. Oleh kerana mendapat respon yang baik beliau telah memohan lesen
pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras antaranya beras ponni,
basmathi, beras wangi dari siam dan banyak lagi. Saya memilih Pn Faiza kerana
beliau murupakan seorang usahawan sosial yang sangat terkenal dengan aktiviti
sosial beliau kepada masyarakat. bagi Pn Faiza, semua usaha yang beliau lakukan
bukanlah untuk mengumpul kekayaan tetapi untuk menjadi pembayar zakat terbesar
di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah,
syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu
menerusi program bersamamu.
No comments:
Post a Comment